Zed Zaidi
Zed Zaidi

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menyeru artis yang terpalit kontroversi untuk tidak mengeluarkan kenyataan media berhubung isu berkaitan mereka.

Menerusi hantaran di Instagram, Zed berkata, lebih banyak kenyataan dikeluarkan, itu akan memudaratkan dan membawa keburukan kepada diri mereka sendiri di mata masyarakat.

"Apabila artis mempunyai masalah atau terpalit kontroversi, tolonglah jangan komen atau bagi lagi kenyataan media. Bila kau buat begitu, nampak lebih banyak kebodohan kau itu.

"Lebih banyak kau cakap dan lebih banyak kau mempertahankan isu kau itu, banyaklah orang nampak kebodohan kau itu," katanya dalam video pendek itu.

Zed bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama atau memberi fokus kepada sebarang isu, sebaliknya memberikan perkongsian itu secara menyeluruh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2024 @ 12:00 PM