Amir Jahari pada sesi Meet & Greet Paling Ikonik AJL 38 di Pasar Seni. FOTO ROHANIS SHUKRI
Amir Jahari pada sesi Meet & Greet Paling Ikonik AJL 38 di Pasar Seni. FOTO ROHANIS SHUKRI
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Penyanyi dan komposer, Amir Jahari tidak meletakkan harapan untuk menang walaupun lagu Hasrat disebut-sebut bakal menduduki senarai tiga teratas (Top 3) sekali gus memberi saingan sengit pada pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

Amir, 31, apa yang penting dia dapat membuat persembahan dan menyampaikan mesej lagu Hasrat kepada penonton.

Katanya, dia juga tidak pernah menganggap AJL adalah satu pertandingan seperti finalis lain.

"Saya tak kisah lagu Hasrat menang atau kalah kerana sudah reda dengan apapun keputusan nanti," katanya.

Mengenai tekanan pula, kata Amir, dia hanya rileks saja kerana sudah tahu apa yang mahu dipersembahkan di pentas nanti.

Katanya, tiada elemen kejutan dalam persembahan sebaliknya dia akan lebih fokus pada lagu dan penceritaan.

"Setakat ini persiapan sudah siap sebanyak 90 peratus. Pada masa sama, saya juga menjalani latihan dengan guru vokal Cikgu Shafi terutama membabitkan aspek pernafasan," katanya yang kali terakhir mara ke pentas AJL27 menerusi lagu Tanpamu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2024 @ 11:24 AM