TANGKAP layar video Ruhainies kelihatan terkejut dan teruja apabila melihat busana berwarna putih yang ditempah dengan pereka fesyen, Fizi Woo.
TANGKAP layar video Ruhainies kelihatan terkejut dan teruja apabila melihat busana berwarna putih yang ditempah dengan pereka fesyen, Fizi Woo.
Zaara Talita

Kuala Lumpur: Masih menggantung kebenaran sama pemberitahuan perkahwinan ataupun sekadar gimik pelancaran produk, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas membuatkan ramai tertanya-tanya.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Ruhainies, 31, kelihatan terkejut dan teruja apabila melihat busana berwarna putih yang ditempah dengan pereka fesyen, Fizi Woo.

Bukan itu saja, paparan yang dimuat naik turut menggunakan tanda pagar #RuhainiesSayIDo yang seakan-akan memberi bayangan tarikh perkahwinannya sudah hampir.

Bagaimana pun, ada juga berpendapat perkongsian video berkenaan untuk tujuan promosi busana pengantin tahun hadapan Fizi Woo yang bakal dilancarkan malam ini.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai dalam peminat sudah mengucapkan tahniah terlebih dahulu andai benar seperti diperkatakan bahawa aktres itu baka berkahwin.

Tidak kurang, ada yang melontarkan pendapat bahawa apa yang dipaparkan dalam media sosial barangkali satu lagi helah publisiti untuk melariskan sesuatu jenama.

Sebelum ini, Ruhainies juga pernah memuat naik video gimik seolah-olah dia bakal mendirikan rumah tangga, namun hanyalah sekadar mempromosikan produk.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2023 @ 7:46 PM