BEN Amir pada Majlis Pelancaran Estana Exclusive Baju Melayu di Boathouse by The Lake. FOTO Genes Gulitan
BEN Amir pada Majlis Pelancaran Estana Exclusive Baju Melayu di Boathouse by The Lake. FOTO Genes Gulitan
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Ben Amir tidak tertekan apabila masih berstatus solo walaupun ramai selebriti seangkatannya sudah mempunyai isteri dan anak.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 33, berkata, dia seronok melayari kehidupan solo dan ingin mengelilingi dunia terlebih dulu.

"Saya masih solo dan seronok menikmati kehidupan sekarang. Saya nak melancong dulu sebelum mengambil keputusan besar dalam hidup saya.

"Selain itu banyak benda lain nak buat. Ada sesetengah orang kena ada pasangan baru boleh hidup tapi saya tidak. Saya tak perlukan sesiapa (pasangan) untuk merealisasikan impian yang belum tercapai," katanya.

Menurut Ben, dia juga mengaku agak memilih wanita yang tepat sebagai suri hidupnya.

Dalam pada itu, Ben menafikan dirinya seorang artis yang sombong sehingga menolak permintaan peminat untuk bergambar.

Katanya, dia hanya akan berbuat demikian sekiranya terdapat urusan kecemasan.

"Siapa yang kenal saya, mereka akan tahu saya orangnya bagaimana. Saya okay saja, kalau ada yang nak bergambar.

"Namun, kalau ada urusan kecemasan memang tak boleh buat apa. Itu pun saya tolak dengan cara yang baik. Jadi, tiada istilah sombong atau enggan bergambar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2023 @ 2:42 PM