TANGKAP layar video persembahan berkenaan dirakam beberapa peminat sehingga tular di platform TikTok.
TANGKAP layar video persembahan berkenaan dirakam beberapa peminat sehingga tular di platform TikTok.
Minda Ranggong

Kuala Lumpur: Band Rock lagenda dari Indonesia, Radja menggejutkan peminatnya di ibu negara apabila tampil mengadakan busking secara mengejut di hadapan Sogo.

Video persembahan berkenaan dirakam beberapa peminat sehingga tular di platform TikTok dan mendapat sebanyak 27.0k tanda suka dan dikongsi sebanyak 2199 kali setakat ini. 

Menerusi video yang tular itu, Radja tampil menyanyikan lagu Jujur dan dikerumuni oleh peminatnya yang turut memeriahkan suasana di perkarangan pusat membeli-belah terbabit.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, peminat Radja rata-rata meluahkan rasa teruja dan turut mengimbau kenangan zaman ketika populariti kumpulan itu meningkat.

"Minat gila rasa zaman pakai 'CD player'. Pasang kuat-kuat dalam rumah, masa tu aku dah ada dua anak" catat seorang peminat

"Dulu masa bujang bila pergi karaoke selalu nyanyi lagu Radja," tulis seorang peminat lain.

Untuk info, Radja bakal disatukan bersama Ratu Rock Negara, Ella di sebuah konsert yang akan diadakan pada 13 November di Mega Start Arena, Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2023 @ 11:31 AM