KJH BABA’S berlangsung di RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan.
KJH BABA’S berlangsung di RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan.

SELEPAS menggegarkan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dengan lebih 300,000 pengunjung, kini Karnival Jom Heboh (KJH) BABA'S menawan Kelantan yang lebih sinonim dengan panggilan Cik Siti Wan Kembang!

KJH yang diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai Acara Padang Paling Lama di Malaysia berlangsung di RTC Tunjung, Kota Bharu selama tiga hari berturut-turut bermula Khamis lalu hingga hari ini.

Kelantan adalah lokasi ketiga KJH dalam menyambut ulang tahunnya ke-20. Pelbagai aktiviti menarik disediakan khas buat warga pantai timur.

Kemeriahan ini direncahkan lagi oleh BABA'S, produk rempah-ratus terbesar di Malaysia menerusi aktiviti 'bekwoh' (memasak gulai kawah).

Sama seperti lokasi sebelum ini, BABA'S meneruskan pemberian 10,000 bungkusan makanan percuma kepada pengunjung.

Karnival yang dibawakan BABA'S ini turut menyediakan pelbagai aktiviti bersama pengunjung seperti demonstrasi masakan kari, aktiviti permainan untuk mendapatkan hadiah misteri BABA'S dan aktiviti info halal bersama BABA'S bagi menghargai pengguna setia BABA'S.

Kelantan terkenal dengan warisan tradisi kemelayuan dan turut dikenali sebagai Serambi Mekah.

Seiring itu, Studio Tonton Drama Sangat mengembalikan semula seni dikir barat dengan menganjurkan pertandingan dikir barat, pertandingan laungan azan dan pertandingan bercerita.

Pertandingan ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada anak tempatan mengekspresikan kreativiti mereka dan secara tidak langsung menampilkan seni budaya negeri pantai timur.

Kepada pengunjung semua, jangan lepaskan peluang sertai pertandingan disediakan kerana anda berpeluang merebut hadiah berjumlah sehingga RM9,000.

Keseronokan berterusan apabila Studio Tonton Drama Sangat menampilkan barisan selebriti yang membintangi program popular di Tonton, TV3 dan TV9. Antaranya Ashraf Muslim, Erma Fatima, Izzue Islam, Mathni Razak, Mekyun, Nabil Aqil, Raja Atiq, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Tidak dilupakan juga kepada barisan pendakwah selebriti daripada program Tanyalah Ustaz dan My Quran Time seperti Dai' Aiman, Dai' Azrin, Ustaz Fazrul dan Ustaz Tarmizi.

'Maghi singgoh semeta' ke acara kemuncak iaitu pada malam kedua dan ketiga di mana pengunjung berpeluang berhibur dengan Konsert Jom Heboh yang menampilkan barisan penyanyi popular tanah air yang seperti Azzam Shah, Ameng Spring, Ariff Bahran, Aepul Roza, Aiman Tino, Yamani Abdullah, Irfan Harris, Nizam Laksamana, Khai Bahar, Syafiq Farhain, Lan Solo, Rahmad Mega dan Naqiu.

Jom semua warga pantai timur, jangan lupa 'pakat maghi belako' ke KJH BABA'S Kelantan yang berakhir hari ini di RTC Tunjung, Kota Bharu bermula seawal jam 9 pagi.

Mari beriadah bersama kami dan sebarkan keseronokan anda sekeluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh dan #KarnivalJomHebohBABAS.

Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2023 @ 6:44 AM