Pengunjung yang hadir ke KJH BABA’S Kelantan akan dihiburkan dengan demonstrasi masakan dan pemberian nasi gulai kawah secara percuma. - FOTO BABA’S
Pengunjung yang hadir ke KJH BABA’S Kelantan akan dihiburkan dengan demonstrasi masakan dan pemberian nasi gulai kawah secara percuma. - FOTO BABA’S
Muhamad Shaifullah Tayep

Kota Bharu: Melihat kejayaan pelancaran Hari Kari Malaysia dan pemberian 12,000 pek nasi secara percuma ketika Karnival Jom Heboh (KJH) di Pulau Pinang, syarikat pengeluar serbuk kari dan rempah ratus terkemuka, BABA'S meneruskan tradisi itu dan jelajahnya bagi mengetengahkan masakan kari di Pantai Timur.

Uniknya kali ini, KJH BABA'S di Kelantan membawakan tradisi masyarakat Kelantan, 'bekwoh' atau kenduri besar-besaran dengan edaran Pek Nasi Bekwoh BABA'S atau nasi gulai kawah secara percuma bagi mengimbau kenangan pengunjung ketika musim kenduri.

Dengan matlamat utamanya untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum menerusi satu rasa yang direncahkan oleh BABA'S, Pek Nasi Bekwoh BABA'S ini dimasak sepenuhnya menggunakan produk-produk keluaran BABA'S.

Sememangnya terkenal dengan kualiti yang dijamin terbaik, bersih dan halal, setiap produk BABA'S tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, penambah rasa dan pewarna serta tiada MSG.

Sebaliknya, setiap produk BABA'S diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti dari serata dunia dan sesuai untuk hidangan vegetarian.

Bagi mereka yang barada di Kelantan, Terengganu atau Pahang, meriahkan hujung minggu anda bersama keluarga dengan berkunjung ke KJH BABA'S di RTC Tunjung, Kota Bharu bermula 7 hingga 9 September 2023.

Pelbagai aktiviti, demonstrasi masakan, promosi dan tawaran menarik berserta cenderahati eksklusif BABA'S dijual pada harga RM10 ketika KJH BABA'S Kelantan yang mengandungi lapan jenis produk BABA'S berserta apron dan buku resipi ditawarkan kepada pengunjung yang hadir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2023 @ 3:54 PM