BABY Shima dan Fairuz.
BABY Shima dan Fairuz.
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Penyanyi, Baby Shima meluahkan perasaan sedih dengan kematian pasangan duetnya, Fairuz Misran, 38, yang meninggal dunia hari ini.

Shima menerusi Instagram berkata, dia sedih kehilangan Allahyarham yang turut dikenali sebagai 'klon' P Ramlee itu yang banyak membantu karier nyanyiannya terutamanya lagu-lagu klasik.

"Shima sedih kehilangan rakan duet yang banyak mengajar Shima cara menyampaikan nyanyian dalam lagu-lagu lama.

"Dia seorang yang ramah, orangnya baik," tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, Shima memaklumkan mereka sepatutnya berduet lagi selepas lagu Ikatan Asmara dan Bak Zaman.

"Kita juga nak duet lagi bila abang dah sampai KL, dan abang nak buatkan lagu untuk duet kita nanti.

"Tapi sekarang abang Fairuz pergi buat selamanya. Salam takziah buat keluarga abang," tulisnya.

Terdahulu, penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir di Labuan pada jam 1.30 tengahari, hari ini.

Allahyarham yang juga juara Bintang P Ramlee 2012 menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan.

Punca kematian Fairuz juga tidak didedahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2023 @ 5:07 PM