FAIRUZ bersama Baby Shima ketika tampil dengan lagu duet.
FAIRUZ bersama Baby Shima ketika tampil dengan lagu duet.
Yun Mikail

Kota Kinabalu: Penyanyi yang mendapat jolokan 'klon' P Ramlee, Allahyarham Fairuz Misran dikatakan mengalami sakit dada sebelum pengsan dan dibawa ke hospital.

Adiknya, Sazlieyanti menerusi satu hantaran di Facebook berkata, pihak hospital memaklumkan kepada dia dan keluarganya bahawa abangnya sudah meninggal dunia sebaik menerima rawatan di hospital.

"Ramai yang bertanya mengenai penyebab arwah meninggal dunia. Alhamdulillah arwah pergi dengan senang. Hanya sakit dada dan pengsan sebelum dibawa ke hospital. Setibanya di hospital, kami dimaklumkan arwah sudah tiada.

Sazlieyanti berkata, jenazah akan dikebumikan sama ada di kampung isterinya di Labuan atau di Kimanis, Papar iaitu kampung Allahyarham.

"Terima kasih juga untuk semua yang tidak berhenti mendoakan beliau dan sedekahkan al-Fatihah," katanya.

Terdahulu, Fairuz yang juga Juara Bintang P Ramlee 2012 dilaporkan meninggal dunia pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan jam 1.30 petang, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2023 @ 7:08 PM