Pelakon dan Pengacara, Neelofa bersama suami, Haris ketika ditemui di Majlis Perasmian Feel Good Fast Food di Rightside, Mont Kiara. FOTO GENES GULITAH
Pelakon dan Pengacara, Neelofa bersama suami, Haris ketika ditemui di Majlis Perasmian Feel Good Fast Food di Rightside, Mont Kiara. FOTO GENES GULITAH
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Neelofa memilih untuk berpantang secara tradisional selepas melahirkan anak keduanya tidak lama lagi.

Neelofa juga akan menggunakan khidmat bidan kampung dari Terengganu sepanjang tempoh pantang selama 44 hari.

"Sebelum ini saya menggunakan khidmat bidan moden, namun untuk kelahiran kedua ini saya dan suami sepakat mengambil bidan kampung.

"Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru memandangkan saya pernah berpantang cara moden. Kini ingin mencuba pengalaman lain iaitu khidmat bidan dari kampung suami.

"Kalau orang kata penjagaan agak ketat, kita hanya dengar daripada mulut orang saja. Jadi, saya mengharapkan proses itu dapat memberikan kesan yang baik kepada ibu bersalin," katanya.

Neelofa yang bakal bersalin dalam tempoh terdekat ini, mengakui agak gementar untuk kelahiran kedua kerana memikirkan proses yang akan dilaluinya.

"Hari ini saya ada memaklumkan kepada suami mengenai debaran bila tarikh bersalin semakin hampir. Secara kebetulan, saya baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan bulanan.

"Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan bayi juga sihat. Mohon semua doakan agar proses melahirkan ini dipermudahkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2023 @ 2:46 PM