Neelofa dan suami, PU Riz.
Neelofa dan suami, PU Riz.
Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Neelofa memohon doa orang ramai agar dipermudahkan proses bersalin yang dijangka tidak lama lagi.

Neelofa, 33, mengakui berasa gementar untuk melalui proses itu selain akan berkongsi khabar gembira itu nanti.

"Insya-Allah untuk kelahiran nanti saya akan kongsi. Dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari. Sudah dekat dan bila-bila masa saja.

"Diakui nak melalui proses ini memang gementar. Dari segi persiapan kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku, bertanya pada orang. Barangan 'baby' alhamdulullah dah siap," katanya kepada Harian Metro.

Neelofa ditemui pada Majlis Pelancaran Perisa Baharu Susu Nilofa di sini, sebentar tadi.

Dalam masa sama, Neelofa juga berharap diberikan rezeki bersalin secara normal.

"Insya-Allah kalau diberikan rezeki memang nak bersalin normal.

"Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami.

"Terima kasih juga yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan," katanya.

Neelofa dan suami, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 January 2022 @ 10:47 PM