Shopee terus membantu lebih ramai PMKS memulakan perniagaan mereka di atas talian. Foto - Shopee
Shopee terus membantu lebih ramai PMKS memulakan perniagaan mereka di atas talian. Foto - Shopee
Syamirul Hakimi Ismail

Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah tulang belakang kepada ekonomi Malaysia. 

Seperti sedia maklum, 97.4 peratus perusahaan di negara ini adalah PMKS yang menyumbang kepada 38 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

PMKS memacu inovasi, mengekalkan warisan budaya dan memupuk kemakmuran tempatan melalui penciptaan pekerjaan dan pembabitan komuniti. 

Berbeza dari sektor lain, PMKS bukan sahaja perlu bersaing antara satu sama lain malah dengan jenama terkenal di pasaran, terutama buat mereka yang berada di luar pusat bandar.

Namun begitu, kaedah pendigitalan seperti e-dagang adalah komponen penting dalam menyediakan platform PMKS bagi mengatasi halangan dan mencapai kejayaan.

Dengan cara ini, ia dapat membantu peniaga mengurangkan kos operasi, melangkaui batasan geografi dan membuka pangkalan pelanggan baru.

Selain itu, platform e-dagang juga menawarkan peluang dan ciri perniagaan yang boleh meningkatkan pembabitan pelanggan serta memupuk pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif. 

Pertumbuhan optimum bersama pelanggan

Bermula sebagai perniagaan kecil di Selangor dan Kedah, ZEKE Store mempunyai impian besar untuk kraf dan rekaan pakaian mereka di seluruh Malaysia. Seperti kebanyakan PMKS lain, mereka juga mengalami masalah sumber terhad dan persaingan yang sengit.

Pemilihan platform yang sesuai adalah penting, oleh itu ZEKE Store memilih Shopee untuk mengoptimumkan pertumbuhan mereka. Kejayaan ZEKE Store banyak bergantung kepada kepakaran mereka dalam menggunakan Shopee Live.

Ciri penstriman langsung ini mengubah cara mereka berinteraksi dengan pelanggan. Kini, mereka tidak hanya bergantung pada gambar produk statik, tetapi menggunakan Shopee Live untuk menunjukkan kualiti, tekstur, dan gaya unik pakaian secara langsung. 

Pendekatan ini mengeratkan hubungan dengan penonton, membolehkan interaksi melalui demonstrasi pakaian dan sesi soal jawab, serta membina kepercayaan dan hubungan jangka panjang dengan pelanggan.

Menurut pengasas ZEKE Store, Lai Ya Long mereka bukan sekadar menjual produk tetapi ingin membina hubungan yang bermakna dengan pelanggan melalui Shopee Live.

"Shopee Live juga membantu ZEKE Store mengatasi cabaran pembelian dalam talian, seperti keinginan untuk mencuba produk sebelum membeli. Ini membolehkan kami mencapai jualan yang menggalakkan dengan peningkatan sebanyak 65 peratus. 

"Semasa kempen 6.6 tahun 2024, kejayaan kami dibuktikan dengan peningkatan sebanyak 85 peratus berbanding tahun lalu.

"Bagi ZEKE Store, Shopee bukan sekadar platform e-dagang, ia adalah kunci kejayaan kami. Melalui penggunaan Shopee Live, kami berjaya mengukuhkan hubungan dengan pelanggan, meningkatkan jenama dan merealisasikan visi kami," katanya.

Memanfaatkan e-dagang untuk pencinta buku 


Pada tahun 2020, pemilik kedai buku tempatan Yong Kon Teck, mula menjelajah dunia e-dagang kerana minatnya terhadap buku dan impian untuk mengubah cara jualan buku di Malaysia. 

Akhirnya Yong memutuskan untuk menubuhkan Funbook yang menawarkan pelbagai kategori buku kepada pembaca di seluruh negara dengan cara yang lebih mudah.

Namun, peralihan ke dunia digital bukanlah sesuatu yang mudah. 

Sebagai penjual buku berpengalaman tetapi baru dalam dunia e-dagang, Yong menghadapi masalah dalam meningkatkan jualan dalam talian kerana kurang pengetahuan tentang pemasaran digital sehingga menyebabkan jualannya perlahan. 

Menurut Yong, Shopee Ads adalah jawapannya kerana melalui kempen sasaran dan pengiklanan yang bijak, Shopee Ads mampu meningkatkan jenama dan jualan Funbook dengan ketara serta memudahkan pelanggan mengaksesnya.

"Dalam setahun, Funbook berjaya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 2,789.52 peratus. Funbook kini terus berkembang dengan menawarkan lebih banyak pilihan buku untuk pembaca di seluruh Malaysia dengan bantuan rangkaian luas rakan logistik Shopee," katanya.

Funbook bukan satu-satunya yang sudah berjaya, Shopee juga giat membantu banyak PMKS berkembang dalam dunia digital dengan menyediakan pelbagai kemudahan alatan, sumber, dan sokongan perniagaan. 

Platform ini menawarkan pelbagai ciri berguna kepada penjual seperti Shopee Ads untuk pemasaran dan sokongan logistik bersepadu. Cara Ini dapat membantu perniagaan seperti Funbook meningkatkan keterlihatan dalam talian, mencapai sasaran pelanggan dan berkembang secara mampan.

Cara berkesan bantu PMKS berjaya

Bagi Shopee, fokus utama platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan ini ialah memberi keutamaan kepada pembangunan strategi untuk PMKS.

Shopee sentiasa berinovasi dan baru-baru ini mereka melancarkan Shopee Video yang menyediakan ciri video pendek informatif dan menghiburkan daripada pencipta kandungan. 

Seperti Shopee Live, Shopee Video turut membantu penjual menghasilkan ulasan positif mulut ke mulut (word-of-mouth) dengan mewujudkan pengkalan pelanggan setia melalui perkhidmatan cemerlang.

Menurut Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia Ming Kit Tan, Shopee sentiasa komited untuk menyokong perniagaan tempatan seperti Funbook dan ZEKE Store.

"Kami bukan hanya sekadar sebuah platform, tetapi rakan kongsi. Kami menyediakan alat perniagaan seperti Shopee Ads, Shopee Live, dan logistik bersepadu untuk membantu PMKS.

"Selain itu, Shopee turut menawarkan ciri yang memudahkan perkhidmatan pelanggan, seperti pemulangan mudah dan jaminan penghantaran, uruskan teknologi supaya PMKS boleh fokus pada pengendalian perniagaan, sama ada menyediakan pilihan buku terbaik seperti Funbook atau mempamerkan fesyen unik seperti ZEKE Store," katanya.

Mengutamakan pelanggan, pembeli gembira, perniagaan maju

Bagi PMKS, membina hubungan baik dengan pelanggan adalah kunci sebuah kejayaan. Memahami hal ini, Shopee melancarkan program dan ciri baru bertujuan memastikan pelanggan puas serta dapat membantu penjual berkembang.

Sejak Mac 2024, Shopee memperkenalkan polisi Ubah Fikiran yang membolehkan pemulangan mudah terhadap pelbagai produk agar pelanggan mendapat ketenangan apabila membeli-belah dan memastikan penjual dapat menjaga kepuasan pelanggan dengan pemulangan yang pantas.

Selain itu, proses Pemulangan dan Pengembalian Wang Shopee, yang terbaik dalam industri, dapat diselesaikan dalam dua hari untuk pembayaran melalui ShopeePay lebih cepat berbanding purata tujuh hari dalam industri.

Dengan menawarkan perkhidmatan berkualiti melalui program seperti Penghantaran Segera, Penghantaran Hari Seterusnya, dan Jaminan Tepat Waktu, pelanggan akan mendapat baucar RM5 jika pesanan mereka tiba lewat. 

Ini adalah inisiatif Shopee memastikan penghantaran barang tiba tepat waktu sekali gus membina kepercayaan kepada pembeli.

Bekerjasama dengan rakan logistik pihak ketiga, Shopee akan melancarkan penghantaran percuma di seluruh platform mulai Julai 2024. Ini bertujuan memberi nilai tambah kepada pelanggan dan meningkatkan pengalaman membeli-belah mereka.

Menurut Tan lagi, pelanggan adalah penting buat PMKS dan Shopee. 

"Penyediaan dan perkhidmatan yang berkualiti adalah keutamaan kami, cara ini turut memberi manfaat kepada penjual dengan meningkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan."

Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan melalui inisiatif-inisiatif ini, Shopee membolehkan PMKS mencapai pengkalan pelanggan yang lebih luas dan mengecapi pertumbuhan mampan. 

Ini menunjukkan dedikasi Shopee kepada penjual dan pengguna serta kemampuannya untuk memenuhi keperluan mereka yang semakin berkembang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2024 @ 11:04 AM