VERSTAPPEN gembira dengan pakej baru Red Bull.  FOTO Reuters
VERSTAPPEN gembira dengan pakej baru Red Bull. FOTO Reuters
AFP

Budapest: Max Verstappen berharap pakej terbaru Red Bull yang dinaik taraf memberikannya momentum untuk mengekalkan penguasaan bermula di Grand Prix (GP) Hungary Ahad ini.

"Kami membuat penambahbaikan sebelum ini tetapi kali ini lebih besar kerana ia minggu yang sangat penting," kata pendahulu siri yang juga juara dunia tiga kali itu yang mahu melengkapkan hatrik kemenangan GP Hungary minggu ini.

"Saya fikir kepada sesiapa, ia minggu sangat, sangat penting."

Jaguh Formula Satu (F1) berusia 26 tahun itu menjelaskan pasukan perlu meningkatkan kelajuan bagi mencerahkan lagi peluang mempertahankan gelaran pemandu dan pengeluar.

"Anda boleh katakannya," kata pelumba Belanda itu. "Jika ia tidak memberikan masa sepusingan yang bagus, saya tak tahu bagaimana kami dapat memberikan cabaran dan saya juga tak tahu apa yang bakal datang daripada pasukan lain.

"Jadi kami hanya perlu fokus diri sendiri. Kami membuat penambahbaikan dan sudah tentu kami berharap dapat mencatat masa lebih pantas."

Bagi rakan sepasukan Verstappen di Red Bull, ia satu lagi minggu penting untuk dia membuktikan mampu kembali memulihkan prestasi dan menaiki podium.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2024 @ 11:16 AM