QASRINA Karim pada majlis Tayangan Perdana Program Astro 2023 di Hotel Le Meridien. FOTO Genes Gulitah
QASRINA Karim pada majlis Tayangan Perdana Program Astro 2023 di Hotel Le Meridien. FOTO Genes Gulitah
Ridzuan Abdul Rahman


Petaling Jaya: "Nama pun pelakon kan? Kami rapat kerana kami berlakon bersama dan banyak babak membabitkan kami berdua. Jadi, kami ada hubungan sebagai kawan. Ia 'natural' (semula jadi) dan dia juga sangat 'friendly' (mesra) dan serasi dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer."

Itu kata pelakon, Qasrina Abdul Karim menjawab persoalan mengenai hubungan akrabnya dengan pelakon yang popular dengan siri Projek : High Council, Mierul Aiman.

Qasrina tidak menafikan hubungan mereka amat rapat di lokasi penggambaran, malah dia juga rapat dengan semua pelakon drama Imam Instant Ustazah Scammer.

"Ramai yang berkecil hati apabila kami rapat. Bagi saya Mierul lengkap semuanya, sangat berbakat, 'friendly' dan saya berbesar hati dapat berlakon dengannya.

"Saya nafikan kami pernah keluar berdua seperti yang diperkatakan beberapa pihak. Saya tak holeh buat apa apabila digosipkan kami bercinta.

"Ia adalah sebahagian dari kerja kami. Itupun ramai yang suka tengok kami. Daripada babak mereka bawa ke TikTok dan Instagram. Saya rasa 'natural' kalau benda-benda ini diperkatakan," katanya.

Qasrina yang juga pelakon filem Kongsi Raya berkata, dia tidak mampu menolak daripada gosip begini.

"Saya tidaklah 'rengsa' (terbeban). Ia bukan dicari pun. Maklumlah Mierul ramai peminat perempuan yang betul-betul meminatinya.

"Saya akui sebelum ini pun pernah terima ancaman daripada peminatnya dalam kalangan wanita menerusi mesej terus (DM) Instagram.

"Adalah sikit berbentuk ugutan tapi itu biasalah. Peminat sukakan Mierul menerusi Projek: High Council itu. Mereka bercakap mengenainya dan saya rasa ia amat bagus untuk drama ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2023 @ 2:20 PM