MIERUL tampil dengan karakter komedi dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer.
MIERUL tampil dengan karakter komedi dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer.
Syafil Syazwan Jefri


SIAPA sangka Mierul Aiman yang sebelum ini terkenal dengan watak kasar dan memberontak kini tampil dengan karakter baharu yang mampu mencuit hati menonton.

Mierul jejaka dengan garis rahang (jaw line) kini muncul dengan watak Ronaldo dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer di Astro Ria.

Lentok liuk aktifnya membawakan watak itu makin diterima ramai.

Melalui undian dilakukan secara rawak di laman sosial, ramai yang terdorong memberi sokongan dengan memberi tanda #teamRonaldo melalui drama itu.

Penonton dibawa bereksplorasi kepelbagaian karakter yang dapat dijayakan dengan baik.

Pemilihan pengarah, Hadith Omar memberikan karakter ini kepada Mierul berjaya menarik perhatian ramai.

Wataknya yang aktif dan peramah mendatangkan keceriaan.

Buat Mierul, dirinya melakukan satu ekplorasi baharu dan lebih segar.

"Sebagai Ronaldo dan Mierul Aiman, saya sangat menghargai penerimaan karakter Ronaldo pada mata penonton. Sebab Mierul memegang tanggungajwab besar untuk memainkan watak ini.

"Sebelum ini saya memainkan watak Fakhri dalam drama Project High Council. Watak yang sangat tegas.

"Saya memegang tanggungjawab membawakan Ronaldo yang rotasinya 180 darjah berbeza.

"Saya kena buat betul-betul supaya watak Ronaldo itu hidup, saya tak nak orang teringat pada kerja lalu.

"Bagus untuk mereka ingat, tapi saya nak lari dari karakter Fakhri. Saya bina karakter Ronaldo dengan cantik. Saya juga sangat menghargai dan suka dengan komentar yang diberikan," katanya.

BAWA watak Ronaldo dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer.
BAWA watak Ronaldo dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer.

Tambah Mierul, dia mengakui berdepan cabaran besar membawakan watak berkenaan.

"Kena berada pada 'highest range' sebab Ronaldo sangat aktif dan ceria. 'Happy go lucky', jadi sesuatu yang baik untuk saya ekplorasi," kata pelakon berusia 24 tahun ini.

Mierul turut berasa bahawa keberuntungan pada dirinya kerana banyak belajar dari pelakon dan pengarah di set penggambaran yang kebanyakannya dijalankan di Kapar, Klang.

"Mierul lebih meneroka watak Ronaldo ketika di set, belajar dengan pelakon dan pengarah. Abang Yassin banyak ajar Mierul, banyak teladan yang baik diberikan untuk jadi pelakon komedi. Saya adalah 'newbie' sebagai pembawa watak komedi. Saya belajar dan lihat bagaimana nak menjadi sesuatu karakter, bagaimana nak 'play loose'.

"Tak terkata melalui kata-kata, tetapi lebih melalui visual. Siapa yang melalui fasa pemerhatian akan faham. Pelakon semua 'power' dan bagi contoh serta teladan yang baik di set penggambaran," katanya dengan rasa penuh syukur mengenai drama Sembilan episod ini.

Keberuntungan itu turut diluahkan kerana dia berada dalam kelompok baris pelakon muda dan senior.

"Seluruh pasukan produksi memberi kerjasama baik termasuk barisan pelakon antaranya Qasrina, Hun Haqeem dan Mira Filzah hingga pelakon senior seperti Azza Elite, Usop Wilcha, Yassin serta Yasmin Hani.

"Mereka tak lokek menyampaikan ilmu pada kami yang nak belajar bagaimana untuk menjadi pelakon," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2023 @ 6:43 AM