Zalif bersama isterinya.
Zalif bersama isterinya.
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Penantian pelakon, Zalif Sidek, 37, untuk menimang cahaya mata pertama akhirnya kesampaian apabila isterinya, Anis Marzuki, 25, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang, malam tadi.

Zalif menerusi Instagram memaklumkan isterinya melahirkan bayi perempuan pada jam 9.15 malam tadi.

Bagaimanapun, Zalif tidak memuat naik gambar anaknya itu dan meminta pengikutnya menunggu selepas ini.

Perkongsian ini mendapat reaksi positif daripada rakan-rakan penggiat seni yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Terdahulu, Zalif menerusi Instagram memohon doa daripada peminat agar urusan isterinya, Anis melahirkan anak sulung mereka berjalan lancar.

Zalif mendirikan rumah tangga dengan Anis pada 26 Februari tahun lalu di CMi Hall & Event Space, Berjaya Megamall, Kuantan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2023 @ 12:24 PM