Harris Alif. FOTO File NSTP
Harris Alif. FOTO File NSTP
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: "Harap menjadi pengajaran kepada 'rider' yang lain supaya jangan buat hal lagi. Tolonglah."

Demikian kata pelakon dan penyanyi, Harris Alif apabila seorang penghantar makanan yang mencuri kasut di kawasan luar rumahnya tampil memohon maaf atas perbuatannya itu, semalam.

Harris berkata demikian menerusi dua hantaran video di Instagram Story selepas beberapa jam memuat naik insiden kecurian itu.

"Alhamdulillah saya baru jumpa 'rider' yang ambil barang saya itu. Dia pun dah minta maaf dengan cara elok. Saya bukan nak aibkan sesiapa tapi saya muat naik video permohonan maaf dia sebab nak beritahu perkara ini sudah selesai.

"Terima kasih kepada semua yang tolong viral dan kongsi perkara ini," katanya.

Menurut Harris, biarpun ada pihak memintanya untuk membuat laporan polis namun mengambil kira masa depan individu itu yang sudah berkeluarga dia sudah memaafkan.

"Bagi mereka yang suruh ambil tindakan dengan membuat laporan polis, saya rasa sudah cukup dah dengan isu viral ini. Dia pun sudah tampil dan pulangkan.

"Dia pun ada anak dan bini, jadi kita sebagai orang Islam ada hati perut lagi sebab dia ada keluarga. Cuma saya harap jangan ulangi benda yang sama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2022 @ 3:43 PM