HARRIS tunggu lampu hijau daripada ibu terlebih dahulu mengenai wanita pilihannya. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
HARRIS tunggu lampu hijau daripada ibu terlebih dahulu mengenai wanita pilihannya. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Najiy Jefri


PELAKON Harris Annuar mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seseorang.

Harris bagaimanapun tidak mahu terlalu bercerita memandangkan perhubungan bersama seorang model tempatan yang dikenali masih dalam fasa perkenalan.

"Ya saya sedang berkawan dengan seseorang. Bagaimanapun hubungan kami masih lagi baru dan dalam fasa perkenalan.

"Sebenarnya kami sudah lama mengikuti di laman Instagram tapi baru sekarang berhubung dan saling bermesej," katanya.

Menurutnya, selagi belum membawa wanita itu bertemu ibu, dia tidak mahu terlalu bercerita mengenai gerangan wanita itu.

"Selagi belum bawa bertemu ibu, biarlah hubungan ini menjadi rahsia peribadi saya.

"Lagipun, saya tidak mahu terburu-buru untuk berkongsi sesuatu yang belum pasti. Kalau ada berita baik saya akan kongsikan," katanya.

Dalam pada itu, Harris juga menyimpan hasrat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan namun belum pasti gerangannya.

“Doakan semoga semuanya dipermudahkan. Saya sebenarnya dah lama berniat nak berkahwin tahun depan tapi belum tahu calon yang sesuai.

“Saya nak wanita itu mendapat lampu hijau daripada ibu terlebih dahulu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 5:29 PM