Amber Heard (gambar kecil) mendakwa Johnny Depp mengalami penyakit mati pucuk. FOTO Agensi
Amber Heard (gambar kecil) mendakwa Johnny Depp mengalami penyakit mati pucuk. FOTO Agensi
Agensi

Pasukan peguam kepada pelakon Amber Heard menuduh pelakon, Johnny Depp menyunting foto yang menunjukkan kesan calar dan lebam serta audio suara Amber yang dihantar untuk perbicaraan kes fitnah pada awal tahun yang lalu.

Pasukan itu termasuklah peguam Benjamin Rotterborn dan Elain Bredehoft yang menuntut bahawa maklumat dari foto yang dihantar oleh pasukan peguam Depp menyatakan tarikh foto itu disunting iaitu beberapa tahun selepas ia diambil.

Salah satunya adalah foto yang disunting pada 2019, sedangkan foto itu sepatutnya bertarikh tahun 2015. Satu foto lain pula tidak menunjukkan tarikh ia diambil tetapi tarikh ia disunting iaitu pada Julai 2020.

Pasukan peguam Heard juga meminta Depp untuk mengeluarkan semua rakaman suara Heard, namun, yang dikeluarkan hanyalah fail audio yang sudah disunting.

Pakar forensik, Julian Ackert yang dilantik oleh pasukan Amber meneliti foto dan audio daripada Depp sebelum mempersoal akan keaslian fail-fail berkenaan.

"Ada tarikh yang ia diambil dan/atau disunting yang hilang, sekali gus ini boleh disebut sebagai bukti yang dimanipulasi," kata pasukan peguam Amber berdasarkan keputusan analisa Ackert.

Pasukan Depp kemudiannya membalas dakwaan itu dengan mengatakan bahawa foto yang dianalisa oleh Ackert adalah berdasarkan tarikh terakhir ia disimpan (last saved) dan hasil analisa itu boleh mewujudkan prejudis yang tidak adil di samping mengelirukan juri.

Terdahulu, disiasat selepas dua foto yang bertarikh Mei 2016 yang menunjukkan kesan lebamnya diletakkan bersebelahan sekali gus dengan jelas sekali, satu daripada foto itu kelihatan lebih merah.

Pasukan Depp kemudiannya mendakwa Amber menyunting foto itu untuk menampakkan wajahnya lebih merah, namun Amber menafikannya dan mengatakan bahawa ia adalah kerana pencahayaan.

Semalam, pasukan peguam Amber mengeluarkan kenyataan mengenai penyakit mati pucuk yang dialami Depp, sekali gus dikatakan sebagai punca berlakunya kekerasan dalam rumah tangga pasangan selebriti itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2022 @ 3:00 PM