PEGUAM Depp dakwa Amber (kanan) menipu dalam kenyataan kes keganasan rumah tangga mereka. FOTO AGENSI
PEGUAM Depp dakwa Amber (kanan) menipu dalam kenyataan kes keganasan rumah tangga mereka. FOTO AGENSI
Agensi

Los Angeles: Peguam Johnny Depp, Adam Waldman mendakwa bekas isteri pelakon itu, Amber Heard menipu dalam kenyataan berhubung kes keganasan rumah tangga mereka pada 2016.

Ia susulan pendedahan sebuah rakaman kamera badan mengenai insiden sebenar berlaku sewaktu polis menerima panggilan untuk menyerbu rumah pasangan terbabit pada tahun itu.

Waldman menjadikan rakaman itu sebagai bukti baharu bahawa Heard berbohong sewaktu memberi kenyataan dalam kes perbicaraan sebelum ini.

"Amber Heard dan rakannya menggambarkan lokasi kejadian sebagai huru-hara dan kacau-bilau. Tapi video kamera badan polis menunjukkan kediaman itu tidak terusik dan kenyataan mereka adalah penipuan besar," katanya.

Tahun lalu, Depp kalah dalam perbicaraan kesnya apabila keputusan Mahkamah Tinggi London memihak kepada Amber berhubung tuduhan dia dikasari Depp sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Depp kini dalam proses untuk mendapatkan perbicaraan kedua mengenai kes terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 10:46 AM