SABRI Yunus
SABRI Yunus
Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Telefilem Pok Ya Cong Codei yang pernah tular pada 2018 bakal diterbitkan dalam drama bersiri 16 episod.

Pengarahnya, Sabri Yunus berkata, siri kali ini bertajuk Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti.

"Ini adalah cerita ketiga karya Pok Ya Cong Codei. Kali ini diterbitkan dalam bentuk drama bersiri. Kami sudah memulakan penggambaran sejak seminggu lalu. Insya-Allah bakal ditayangkan di Astro.

"Kali ketiga ini saya cuba bawa Pok Ya ke Kuala Lumpur untuk memburu Siti. Sebelum ini ramai tanya ke mana Siti hilang. Pok Ya yang tahu Siti ada di Kuala Lumpur dan hamilkan anaknya. Malah Pok Ya berharap Siti hamil anak lelaki yang bakal menjadi pewarisnya," katanya kepada Harian Metro.

Sebelum itu, karya sama juga diterbitkan dalam telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti Di Hati.

"Pelakon yang melakonkan watak Siti kita kekalkan iaitu Zee Khan Hussein. Insya-Allah untuk naskhah ketiga ini akan banyak lagi kelainan," katanya.

Sabri Yunus ditemui selepas membuat persembahan dikir barat pada Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM 31).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Disember 2021 @ 11:31 PM