Scha Elinne
Scha Elinne
Oleh Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon seksi, Scha Elinnea mula memadam gambar-gambar seksinya di Instagram dan mengambil teguran-teguran positif diterimanya sebagai satu nasihat yang baik.

Scha ketika ditemubual dalam sidang media drama bersiri SiTik Tok berkata, teguran yang membimbing berjaya melembutkan hatinya.

"Kita sebagai manusia boleh berubah. Mestilah ramai orang yang marah-marah di media sosial dan bercakap mengenai imej seksi saya. Selalunya, saya akan cakap, doakan yang baik-baik. Alhamdulillah, saya dah padam banyak gambar di Instagram.

"Teguran-teguran itu membimbing dan bila orang tegur dengan cara baik, kita pun lembut hati untuk berubah ke arah kebaikan," katanya.

Menurut pelakon berusia 22 tahun ini, dia juga sedang mendidik dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Saya cuba menjadi orang yang lebih baik. Saya cuba dan tergerak hati untuk melakukannya," katanya.

Menurutnya, situasi pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini banyak membuatkannya berfikir mengenai kesan daripada setiap tindakan.

"Saya menetap sendirian dan saya selalu berfikir mengenai apa yang boleh dan tak boleh dilakukan. Saya belajar untuk terima setiap teguran," katanya.

Terbaru, Scha kini membintangi drama bersiri SiTik Tok yang akan mula bersiaran di TV3 jam malam ini.

Selain Scha, ia turut dibintangi Nadia Aqilah dan Niezam Zaidi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 5:42 PM