ANTARA gambar seksi Scha Elinnea yang dimuat naik di Instagram dengan ruangan komen ditutup.
ANTARA gambar seksi Scha Elinnea yang dimuat naik di Instagram dengan ruangan komen ditutup.
Sudirman Mohd Tahir

"DARIPADA mereka bercakap buruk, lebih baik saya tutup ruang komen," kata pelakon Scha Elinnea, 21, yang menutup ruang komen di Instagram selepas menerima komen negatif selepas dia memuat naik gambar seksi di laman sosial itu.

Scha atau nama sebenarnya Azleena Natasha Mubeen berkata, dia tidak mahu bersikap hipokrit dan hanya mahu menjadi dirinya sendiri.

"Apa yang dimuat naik di Instagram itu adalah diri saya sebenar. Macam mana peminat tengok saya di Instagram, begitu juga saya di luar. Jadi, kalau ada yang jumpa saya di luar dengan penampian seksi tidaklah mereka terkejut.

"Saya pakai apa yang saya rasa nak pakai. Komen negatif itu normal. Sebab itu saya tutup ruangan komen untuk gambar tertentu. Saya tidak mahu berasa tekanan kalau nak baca komen-komen melampau, sebab saya pun tak kenal mereka," katanya.

Scha yang ditemui di lokasi penggambaran drama Juliet terbitan Zeel Production berkata, dia tidak mahu soal penampilannya di Instagram menjadi perhatian masyarakat sehingga lupa bakat lakonan yang dimiliki.

"Memang ia tak beri kesan, cuma saya selesa kalau ada yang memikirkan bahawa masing-masing lebih baik buat hal sendiri mungkin? Semua orang ada cara mereka sendiri," katanya.

Berkongsi mengenai kecenderungannya melakonkan watak jahat, Scha yang melakonkan watak Lily dalam drama itu mengakui selesa dengan watak itu.

"Saya gemarkan watak sebegini kerana ia memberi cabaran kepada saya. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan tenaga produksi drama bersiri Juliet kerana ia memberi banyak pengalaman yang baik," katanya.

Bakal ditayangkan di RTM September depan, Juliet diarahkan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Drama bersiri ini turut membariskan pelakon hebat lain seperti Redza Rosli, Rita Nadira, Rozita Che Wan, Haliza Misbun, Azza Elite, Sofia Ibrahim, Louisa Chong dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 5:34 PM