Agensi

Jakarta: Penyanyi Ashanty dinasihatkan doktor untuk mengeluarkan alat mencegah kehamilan dalam rahimnya.

Isteri kepada Anang Hermansyah itu berkata, pemakaian alat berkenaan dikhuatiri menjadi punca kepada masalah ketidakstabilan hormon yang dihadapinya ketika ini.

"Hormon saya tidak stabil. Kenapa? Ia disebabkan alat pencegahan kehamilan tidak sesuai hingga mengganggu hormon saya," katanya.

Sebelum ini Ashanty menjalani pemeriksaan autoimun di Turki dan menemui ketulan batu pada ginjalnya.

Ashanty berkata, dia akan membuat pemeriksaan lanjut berhubung penyakitnya itu selepas enam bulan.

Menurut Ashanty, dia turut berdepan dilema sekiranya dia mengeluarkan alat pencegah kehamilan itu.

"Alat itu paling penting kerana saya sudah tidak ada keinginan untuk hamil lagi. Saya tidak mahu tambah anak, hanya ingin tambah cucu saja," katanya.

Perkara itu dikongsinya menerusi video terbaharu di saluran YouTube The Hermansyah A6.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Jun 2021 @ 10:59 AM