Ashanty dan Anang.
Ashanty dan Anang.
Agensi

Jakarta: Penyanyi Ashanty menafikan khabar angin mengatakan suaminya yang juga penyanyi dan komposer popular, Anang Hermansyah dimasukkan ke hospital kerana positif Covid-19.

Ashanty, 37, menjelaskan, Anang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Jakarta kerana menjalani pembedahan akibat batu karang.

"Terima kasih di atas doanya. Anang masuk hospital bukan kerana Covid-19 tapi sebab batu karang," katanya.

Sebelum ini, Anang, 52, berkongsi gambar di Instagram dia di atas katil wad dengan keterangan gambar meminta Ashanty mendoakan kesejahteraannya.

"Ashanty doakan ya sayang," tulisnya.

Selain Anang, anak tiri Ashanty, Azriel turut dimasukkan ke hospital, tetapi dikhabarkan hanya mengalami demam biasa.

"Anak sakit, suami sakit, saya harus kuat," luah Ashanty di InstaStory.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 9:54 AM