Ashanty bersama keluarganya.
Ashanty bersama keluarganya.
Agensi

Jakarta: Gambar terkini penyanyi Indonesia, Ashanty bersama keluarga di Instagram yang menampakkan wajahnya agak pucat menimbulkan tanda tanya peminat.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan mereka terhadap kesihatan isteri kepada komposer dan penyanyi Anang Hermansyah ini. Tambahan pula, Ashanty mengidap penyakit autoimun.

Walaupun gambar terbabit dimuat naik bertujuan untuk berkongsi kebahagiaan keluarganya, ramai netizen mendoakan agar ibu kepada Arsy Addara Musicia Nurhermansyah dan Arsyana Akbar Pemuda Hermansyah ini kekal sihat.

Menerusi foto yang ditampilkan,  Ashanty sebenarnya ingin memperlihatkan saat bahagianya dapat berkumpul bersama anggota keluarga sebelum tidur.

Melihatkan gambar Ashanty, netizen tertumpu kepada lingkaran hitam di matanya selain dia tampil tanpa solekan. Ia mengundang spekulasi dalam kalangan netizen yang menganggap Ashanty keletihan kerana terlalu banyak kegiatan yang dilakukan ketika di Bali.

Biarpun ramai yang mendoakan kesihatannya, Ashanty langsung tidak membalas komen mereka.

Walaupun banyak aktiviti lain yang dimuat naik Ashanty di media sosial menampakkan dirinya sihat, ramai yang risaukan keadaannya apabila tampil dengan gambar terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 10:56 AM