Majlis perkahwinan Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar.
Majlis perkahwinan Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar.
Agensi

Jakarta: Majlis perkahwinan Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar semakin hampir selepas acara lamaran di Hotel Intercontinental Jakarta pada 13 Mac lalu.

Hari ini berlangsung pula acara mandi bersiram, namun ibu Aurel yang juga penyanyi popular, Krisdayanti tidak dapat hadir.

Ibu tirinya, Ashanty mengakui sudah memberi tahu mengenai acara terbabit kepada Krisdayanti.

Sebelum ini, timbul pertanyaan berkenaan pakaian yang dikenakan Krisdayanti tidak sama dengan Ashanti dalam majlis lamaran.

Ashanty berkata, ia perlu dibuat begitu kerana dia adalah isteri Anang, manakala Krisdayanti adalah isteri kepada Raul Lemos. Kenyataan itu sekali gus menepis khabar angin mengatakan hubungan mereka tidak mesra.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mac 2021 @ 4:38 PM