KRIS Jenner dan bekas suami (dari kiri) Caitlyn Jenner serta anak mereka Kim Kardashian dan bekas suami, Kanye West
KRIS Jenner dan bekas suami (dari kiri) Caitlyn Jenner serta anak mereka Kim Kardashian dan bekas suami, Kanye West
Agensi

Los Angeles: Ibu Kim Kardashian iaitu Kris Jenner mahu anak-anak dan cucunya terus bahagia walau apa yang berlaku dalam keluarga mereka.

Jenner ketika ditemubual dalam program The Kyle & Jackie O Show baru-baru ini berkata, apa yang sukar dalam perceraian Kardashian dan West adalah anak-anak.

"Saya rasa, ia adalah saat yang sukar memandangkan ada anak-anak.

"Apa yang bagusnya adalah keluarga kami sentiasa ada untuk satu sama lain dan saling menyokong. Kami semua menyayangi dengan sepenuh hati.

"Jadi, saya mahu kedua-dua mereka berbahagia, begitu juga dengan anak-anak mereka. Itu yang penting," katanya.

Katanya, sebagai ibu, dia mahu anak-anaknya sentiasa menghargai satu sama lain.

"Bagi saya, itu sudah memadai dan apa yang seorang ibu mahukan," katanya.

Sementara itu, bapa Kardashian, Caitlyn Jenner berkata, dia menyayangi Kardashian dan West, namun tidak ada hak untuk bercerita lanjut mengenainya.

"Saya sayangkan Kimberly (Kim) dan Kanye. Hubungan saya dengan Kanye juga baik. Saya harapkan yang terbaik buat mereka.

"Sejauh mana pun saya bercerita mengenai perkara ini, ia adalah kisah dan kehidupan mereka dan bukan hak saya untuk kongsikan," katanya.

Pada 19 Januari lalu, Kardashian, 40, memfailkan penceraian selepas tujuh bulan terakhir melalui perjalanan rumah tangga yang naik turun bersama West.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mac 2021 @ 12:43 PM