Kanye West
Kanye West
Agensi

 

Los Angeles: Penyanyi rap, Kanye West, 44, gagal menahan emosi dan menangis selepas memasang lagu baharunya, Welcome to my Life yang berkisar mengenai perceraian dengan bekas isteri, Kim Kardashian, 40, baru-baru ini.

Dalam lagu itu, West menyamakan kehidupannya ibarat berada dalam penjara sepanjang berkahwin dengan bintang realiti itu.

"Ia sebuah lagu yang sangat mendalam dan sedih mengenai Kanye di mana dia berefleksi kepada perkahwiannya dengan Kim.

"Dia bercakap mengenai anak-anak dan ada menyebut dia (Kim) rampas segalanya. Selepas dia memainkan lagu itu, dia terdiam seketika dalam dua minit, dan menangis. Saat itu sangat sendu," kata satu sumber.

Selain menyentuh mengenai perkahwinannya, West turut bercerita kisah dia dijatuhkan di Twitter. Tidak ketinggalan, kegagalannya dalam persaingan menjadi presiden Amerika Syarikat.

Terdahulu, dia mengadakan acara pra-dengar album baharunya berjudul Donda. Ia cuma dihadiri jemputan khas dan mereka dilarang merakam sewaktu acara berlangsung.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Julai 2021 @ 12:31 PM