KANYE WEST
KANYE WEST
AgensiĀ 

Los Angeles: Bintang hip hop, Kanye West, 43, merancang untuk berpindah ke London, England sebaik urusan perceraian dengan isterinya Kim Kardashian, 40, selesai.

Menurut sebuah sumber, West melihat masa depan kerjayanya lebih bersinar di Eropah di samping melebarkan pengaruh organisasinya, Sunday Service Choir di rantau itu.

"Sebaik perceraian mereka selesai dengan rasmi, dia memberitahu kenalannya bahawa dia dapat melihat masa depannya di London.

"Dia beria mahu kembangkan Sunday Service Choir di Eropah dan terfikir, ibu kota itu lokasi terbaik," katanya.

West melawat London pada Oktober tahun lalu bersama anak sulung perempuannya, North. Dia dikhabarkan mencari rumah untuknya tinggal di sana.

Terdahulu, West dan Kardashian dilaporkan bakal bercerai selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung. Penyanyi terbabit juga bertanding untuk jawatan presiden Amerika Syarikat, tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 12:09 PM