Bobby Holland Hanton memgakui penat untuk makan tujuh hidangan sehari.
Bobby Holland Hanton memgakui penat untuk makan tujuh hidangan sehari.
Agensi

Pelakon pendua kepada Chris Hemsworth, Bobby Holland Hanton memgakui penat untuk makan tujuh hidangan sehari bagi memastikan dia dapat mengikut bentuk tubuh Hemsworth yang kini semakin sasa.

Hanton, 33, yang sedang menjalani penggambaran filem Thor: Love and Thunder di Australia bersama Hemsworth mengakui tertekan kerana Hemsworth terus menerus membina otot tubuhnya.

"Thor paling besar pernah ada," katanya menggambarkan situasi yang berlaku.

Dalam temubual bersama stesen radio Fitzy & Wippa, Hanton berkata, prosesnya bukan mudah walaupun transformasi tubuh Hemsworth untuk filem terbaru Marvel itu mencuri perhatian ramai peminatnya.

"Semua orang seperti teruja dan terkejut melihat saiz badannya. Dan, saya juga perlu menjadi sepertinya. Saya ada menghantar kiriman mesej kepadanya dengan menulis terima kasih banyak-banyak, kali ini akan menjadi lebih mencabar!'" katanya.

Menurut pelakon yang sudah bekerjasama dengan Hemsworth sejak 2013 dalam Thor: The Dark World itu, dia kini tidak mampu untuk menikmati juadah makanan.

"Setiap dua jam, kami akan makan. Ia sudah seperti menjadi rutin. Saya tak menikmati langsung hidangan-hidangan itu pada setiap dua jam. Saya rasa berat berlebihan bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya di bahagian sendi, tapi untuk Hemsworth tak menjadi masalah," katanya.

Tahun lalu, selepas menjalani penggambaran untuk filem Extraction yang menampilkan babak pertarungan selama 12 minit dalam satu rakaman (one shot), dia terpaksa menjalani pembedahan di bahagian belakangnya.

Hanton yang membesar di Portsmouth, United Kingdom juga pernah menjadi pelakon pendua untuk beberapa pelakon lain antaranya Henry Cavill, Ryan Reynolds, Channing Tatum dan Jake Gyllenhaal.

Antara filem yang menggunakan khidmatnya adalah Mission Impossible: Fallout, Quantum of Solace dan Star Wars: Episode VII – The Force Awakens.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2021 @ 10:53 AM