CHRIS Hemsworth berswafoto bersama peminat.
CHRIS Hemsworth berswafoto bersama peminat.
Agensi

Sydney: Walaupun menjadi antara pelakon paling berjaya di dunia, Chris Hemsworth, 37, selamba melakukan swafoto dengan peminatnya yang ingin bergambar.

Terbaru, satu gambar bersama dua peminatnya menjadi perhatian ketika Hemsworth berkunjung ke pantai di Maroubra, di sini.

Pelakon yang terkenal dengan watak adiwira Thor itu dilaporkan sedang bersiar-siar menikmati masa sendirinya di sekitar pantai itu.

Pelakon itu tampil bersahaja dengan hanya mengenakan topi, kemeja T putih dan bercermin mata.

Peminat yang terserempak dengannya juga tidak mahu ketinggalan untuk mengambil gambar bersamanya.

Hemsworth kini banyak menghabiskan masanya di Australia yang juga negara asalnya untuk dekat dengan keluarganya selepas menamatkan penggambaran filem Thor: Love and Thunder.

Pelakon itu juga dilaporkan sudah bersedia untuk penggambaran akan datang untuk sekuel Mad Max, Furiosa. 

Diarahkan George Miller, filem terbitan Doug Mitchell itu menjadi filem terbesar pernah dibuat di Australia.

Ia turut membuka lebih 850 pekerjaan buat rakyat tempatan di sana dan menyumbang RM1.4 bilion kepada ekonominya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Mei 2021 @ 10:48 AM