Kampung People musim kedua.
Kampung People musim kedua.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Drama fenomena Kampung People kembali untuk musim kedua yang bakal bersiaran Khamis ini, jam 9 malam di slot Lestary, TV3.

Masih mengekalkan pelakon asal, drama terbitan KL Motion Pictures dan diarahkan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu boleh ditonton menerusi perkhidmatan TV Internet (OTT) iQIYI di laman web (www.iQ.com) dan aplikasi mudah alih iQIYI secara percuma.

Kampung People 2 memaparkan kehidupan keluarga Razif lakonan Rashidi Ishak yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Shuhaimi (Nam Ron) dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan.

Namun, kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung.

Disebabkan rindu kepada Jaafar (Hun Haqeem) dan Laila (Riena Diana) berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung.

Demi memujuk isterinya Mona (Elly Mazlien), Razif berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera.

Menariknya, bagi musim terbaharu ini penampilan Adibah Noor (Dona) sebagai ibu Mona, Haziq Fadhullah (Karim) dan Kismah Johar (Madamme Mah) menghangatkan lagi plot drama itu.

Selain Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Hun Haqeem, pelakon lain terbabit seperti Datuk Fizz Fairuz, Nam Ron dan Kamarul Eqifshah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2020 @ 5:12 PM