FATTAH Amin dan Fazura. FOTO IG
FATTAH Amin dan Fazura. FOTO IG
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON  Fattah Amin sangat terkesan dengan sikap kerja keras isterinya yang juga pelakon, Nur Fazura apabila masih lagi bekerja walaupun sarat hamil anak sulung mereka. 

Pelakon filem Miimaland itu berkata, justeru dia sentiasa meluangkan masa dengan isterinya memandangkan hanya tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum mereka bergelar ibu bapa. 

"Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum isteri saya bersalin. Tapi, saya sendiri kadang-kadang bersimpati dengannya kerana masih rajin bekerja kerana dia seorang 'workaholic'. 

"Jadi, untuk pastikan dia berada dalam keadaan baik, saya sentiasa ada dan luangkan masa dengannya," katanya kepada Harian Metro. 

Berkongsi mengenai persediaannya sebelum bergelar bapa, Fattah berkata, dia dan isteri sudah mempersiapkan barangan keperluan untuk bayi mereka. 

FATTAH Amin. FOTO IG
FATTAH Amin. FOTO IG

"Saya dah beli beberapa barangan keperluan yang dirasakan penting untuk bayi kami. 

"Selain itu, ada juga beberapa penelitian yang saya buat mengenai bagaimana menjadi bapa di samping meminta nasihat daripada mereka yang berpengalaman, terutama dalam kalangan keluarga," katanya. 

Ditanya mengenai nama anak, Fattah enggan mengulas lanjut. 

"Nantikan," jawabnya ringkas. 

Terbaru, Fattah hadir dengan filem lakonannya berjudul Miimaland dan lagu berkonsepkan ketuhanan berjudul Kiriman Agung. 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 2:47 PM