LINDA (dua dari kiri) ketika sesi makan malam perpisahan yang dibuat semalam. FOTO IG LINDA ONN
LINDA (dua dari kiri) ketika sesi makan malam perpisahan yang dibuat semalam. FOTO IG LINDA ONN
Sudirman Mohd Tahir


PENYAMPAI radio terkenal, Linda Onn bakal menamatkan perkhidmatan di stesen radio Kool FM pada 12 Ogos ini.

Menurut Linda, dia berterima kasih kepada Kool FM, rakan penyampai, peminat dan pendengar sepanjang dua tahun bersama stesen radio itu.

"Terima kasih Kool FM kerana sudi menerima kehadiran saya walaupun hanya dua tahun. Maafkan salah silap. Semoga ada rezeki untuk kita bekerjasama lagi. Selamat maju jaya Kool. 

"Terima kasih semua pendengar Kool FM yang selalu menghubungi dan memberikan respon pada topik yang dibincangkan. Maafkan kalau ada salah bicara ya," katanya.

Menurut Linda, radio tidak akan pernah mati dalam jiwanya. 

"Insha Allah, jika ada rezeki lagi, saya akan ke udara lagi di ruang udara lain ya," katanya.

Linda yang pernah menjadi penyampai di Era FM, Sinar FM dan Suria FM turut berkongsi gambar bersama penyampai Kool FM lain pada sesi makan malam perpisahan yang dibuat semalam.

"Akan merindui mereka. Terima kasih Haiza, AG, Muaz, Rea untuk memori indah. Saya sayangkan anda, keluarga.

"Hari terakhir ke udara pada 12 Ogos ini. Dengar okay," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 12:47 PM