PAPARAN InstaStory Penny.
PAPARAN InstaStory Penny.
ALYA IMAN
ALYA IMAN
Najiy Jefri


ISTERI kepada seorang ahli perniagaan dikenali Penny Salman yang mendedahkan hubungan sulit suaminya dengan pelakon baharu, Alya Iman, 19, hanya diketahuinya pada Jun lalu selepas setahun pasangan itu bercinta.

Penny berkata, dia meminta Alya supaya bersikap jujur dan menyemak semula kenyataan yang ingin diberikan.

"Semak semula fakta sebelum memberikan apa-apa kenyataan Alya. 

"Dia tahu segala apa yang berlaku. Saya mengetahui mengenainya pada  Jun  lalu selepas setahun dia bersama suami saya. Sekarang ini, dia cuba bermain sentimen dianiaya," katanya di Instagram Story. 

PAPARAN InstaStory Penny.
PAPARAN InstaStory Penny.

Menurut Penny, kenyataan Alya seolah menjerat dirinya sendiri apabila cuba mengelirukan pelbagai pihak.

"Mana nak lari adik sayang? Terjerat diri sendiri.

"Dia menghantar mesej peribadi pada 14 Februari dan bertunang pada 27 Februari lalu.

"Dah putus tunang bulan Mac. Hari raya kedua, bersama suami saya lagi. Ya, sebelah dia adalah suami saya. Sila semak kenyataan anda," katanya.

Terdahulu Alya tampil membela dirinya selepas didakwa menjalin hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang. 

Menurut Alya, dia sudah memutuskan pertunangan pada Mac lalu selepas hubungan mereka tidak diketahui dan dipersetujui isteri ahli perniagaan itu. 

Hubungan sulit pasangan itu didedahkan isteri ahli perniagaan itu di media sosial hingga menjadi tular.

 

Berita berkaitan

Ya, kami pernah bertunang - Alya Iman

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2020 @ 1:18 PM