LAUDYA CYNTHIA BELLA
LAUDYA CYNTHIA BELLA
Najiy Jefri


PENGURUS artis Niesa Khalil yang juga individu pertama menemani pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 32, 'dating' dengan ahli perniagaan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 45, pada 2017 sedih dengan berita perceraian pasangan itu hari ini.

Niesa yang juga kenalan Bella di negara ini ketika dihubungi berkata, dia mendapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram bagi mendapatkan kesahihan cerita yang disiarkan.

"Siapa yang tak sedih, kalau boleh tak nak perkara sebegini berlaku. Namun, jika sudah takdir Allah tiada siapa boleh halang. Saya tidak mahu tahu apa-apa, ia sudah tertulis.

"Saya pun tahu berita ini pagi tadi selepas dihujani mesej peribadi di Instagram. Saya sebolehnya tidak mahu komen lanjut," katanya.

Menurut Niesa, dia juga belum menghubungi pelakon itu bagi menghormati privasi dan situasi yang dilalui Bella sekarang.

"Saya belum menghubunginya lagi. Saya rasa bukan masa yang sesuai kerana bukan mudah untuk dia berdepan situasi sebegini.

"Sebelum ini pun saya tak pernah tanya apa-apa. Takut dia pun tak okey dan nanti salah bual pula," katanya. Terdahulu menerusi kiriman video kepada Harian Metro, Bella mengesahkan sudah bercerai dengan Engku Emran secara baik.

Laudya dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di Kuala Lumpur pada 8 September 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 7:07 PM