Chrissy Teigen
Chrissy Teigen
Syafil Syazwan Jefri

 

PENGACARA program Lip Sync Battle, Chrissy Teigen selamat menjalani pembedahan membuang implant payudara hari ini.

Chrissy yang berkongsi perkara itu di Instagram hari ini turut menyertakan sekeping nota daripada anak sulungnya, Luna yang kini berusia empat tahun.

"Pembedahan berjalan dengan sempurna. Ia sangat menyakitkan, tapi nota ini buatkan kesakitan itu hilang buat seketika," tulisnya di Instagram.

Dalam nota dengan tulisan tangan itu, Luna yang juga anak hasil perkahwinan Chrissy dengan penyanyi John Legend memberi ucapan selamat buat ibunya.

"Selamat membuang implan dalam payudara. Love, Luna. Selamat tinggal implan," tulis Luna.

NOTA yang ditulis anak Chrissy, Luna. FOTO Instagram
NOTA yang ditulis anak Chrissy, Luna. FOTO Instagram

Dua minggu lalu, Chrissy berkongsi berita mengenai pembedahan yang akan dilakukannya di Instagram.

"Ramai yang ingin tahu, jadi saya akan jelaskan di sini. Saya akan keluarkan implan itu. Ia bertahan dengan baik selama beberapa tahun, tapi saya rasa sudah tiba masanya ia dikeluarkan.

"Saya mahu memakai pakaian dengan saiz yang sesuai dan dapat meniarap dengan rasa lebih selesa. Tak ada sebarang masalah, jadi tak perlu risau. Semuanya baik-baik saja. Saya masih ada payudara, cumanya yang akan dibuat adalah lemak tepu," tulisnya.

Setakat ini, hantaran Chrissy di Instagram mencatat hampir 900,000 tanda suka dan hampir 10,000 komen peminat termasuk rakan selebriti.

Chrissy turut berkongsi foto sama di Twitter.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2020 @ 9:39 AM