ARDELL Aryana (kiri) dan Nadzmi Adhwa menjadi Ikon Kemanusian Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) sebelum ini.
ARDELL Aryana (kiri) dan Nadzmi Adhwa menjadi Ikon Kemanusian Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) sebelum ini.
Syanty Octavia Amry


PELAKON Ardell Aryana, 29, tidak sabar untuk menyertai misi kemanusiaan ke Syria yang turut disertai suaminya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa awal tahun depan.

Ardell berkata, dia teruja dan gembira kerana hasratnya itu bakal menjadi kenyataan.

“Kami akan ke sana pada 8 Januari depan dan misi itu dianjurkan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM).

“Dapat pergi bersama suami tersayang pastinya satu pengalaman menarik dan berharga untuk kami. Saya juga berharap aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat menjadi ikutan masyarakat," katanya.

Sempena misi itu juga, Ardell turut diumumkan sebagai ikon misi kemanusiaan YDKMM musim sejuk ke Syria, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman menyertai misi seperti itu, Ardell berkata, sebelum ini dia pernah menyertai beberapa misi kemanusiaan antaranya di Palu, Indonesia, namun kurang bercerita kerana tidak mahu dituduh cuba menunjuk-nunjuk dengan apa yang dilakukan.

"Tidak hanya di luar negara, saya juga pernah menyertai beberapa misi bantuan kemanusiaan di Malaysia sebelum ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 3:22 PM