Hanez Suraya menafikan dirinya menciplak rekaan sut aktiviti berbasikal yang terdapat di internet untuk dijual kepada pengikutnya.
Hanez Suraya menafikan dirinya menciplak rekaan sut aktiviti berbasikal yang terdapat di internet untuk dijual kepada pengikutnya.
Najiy Jefri


PELAKON Hanez Suraya menafikan dirinya menciplak rekaan sut aktiviti berbasikal yang terdapat di internet untuk dijual kepada pengikutnya.

Hanez berkata, rekaan yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG) itu hanyalah sekadar contoh untuk mengumpul maklum balas dan saiz pelanggan.

"Rekaan yang saya kongsikan di laman sosial hanyalah sekadar contoh dan ia untuk 'sizing chart' sahaja. Sebenarnya, rekaan baju yang saya bakal jual belum dimuktamad lagi.

"Kami ingin melihat maklum balas mengenai saiz pelanggan dahulu. Jika pelanggan menekan pautan yang diberi, kami akan mengambil maklum balas dan saiz mereka.

"Apabila rekaan sudah dikeluar, kami akan utamakan mereka yang sudah memberi maklum balas awal. Seterusnya, barulah ia akan dibuka kepada umum," katanya.

Menurut Hanez, dia terpanggil untuk mengeluarkan jenama HypeNez selepas aktif membabitkan diri dalam aktiviti berbasikal.

"Kepada siapa yang melihat IG saya, pasti tahu kini aktif dengan dunia berbasikal. Jadi, untuk produk pertama saya akan mengeluarkan sut yang sesuai untuk aktiviti berbasikal ini.

"Insya-Allah, lebih banyak produk dan pengumuman yang akan saya hebahkan nanti. Saya juga akan wujudkan HypeNez Cycling Club dan HypeNez Cycling Cafe, yang merangkumi kedai kopi, jualan aksesori, cuci dan servis basikal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2020 @ 3:23 PM