NORA Danish ketika berada di Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini serta aku janji Fasha. FOTO IG Nora Danish.
NORA Danish ketika berada di Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini serta aku janji Fasha. FOTO IG Nora Danish.
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Nora Danish berharap pihak Fasha Sandha dapat memenuhi segala ‘aku janji’ yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam membabitkan luahan hati pelakon itu di Instagram miliknya mengenai insiden ‘halau’ pada satu majlis pertunjukan fesyen, tahun lalu.

Nora menerusi kenyataan di Instagram berkata, perkara itu berakhir atas budi bicara dirinya bersama peguam selepas memfailkan saman fitnah terhadap Fasha, tahun lalu.

“€œAlhamdulillah, selepas setahun kes ini berjalan semuanya berakhir atas budi bicara saya dan pihak guaman saya mengenai kes saman fitnah yang difailkan atas beliau (Fasha) tahun lalu.

“Saya menaruh harapan sangat tinggi terhadap ‘aku janji’ daripada pihak Fasha yang difailkan di mahkamah akan menjadi nokhtah buat semuanya,” katanya.

Nora berkata, saling bermaafan adalah amalan baik dan dimuliakan.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan guaman diketuai Datuk David Garuptham, Datin Satwant Kaur dan Audrey Joyse Nelson kerana berjaya memperoleh keputusan ini,” tulisnya.

Terdahulu, Fasha menerusi laporan akhbar ini mengakui dia bersama Nora ada mengunjungi pejabat Mediasi di Mahkamah Shah Alam, pada 22 Mei lalu dalam usaha untuk berdamai.

Menerusi laporan sama, Fasha berkata kenyataan yang dimuat naik Fasha itu didakwa mengguris perasaan Nora.

Menurut Fasha, persengketaan yang timbul sangat tidak sihat untuk anak-anak yang sedang membesar. Apatah lagi Rayfal, Rayqal dan Jemaima sangat rapat disebabkan ayah mereka, Rizal Ashram Ramli.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Jun 2018 @ 1:27 AM