TAUFIQ Hanafi. FOTO arkib NSTP
TAUFIQ Hanafi. FOTO arkib NSTP
Amirul Haswendy Ashari.


PENANGAN membawa watak antagonis yang mempunyai nafsu songsang, Taufiq Hanafi, 27, teruk dikecam peminat drama bersiri remaja berjudul Gantung The Series di Indonesia.

“Saya dikecam dan dimaki hamun kerana watak Sofil, terutama di sosial media. Saya dapat tahu perkara itu selepas diberitahu rakan-rakan yang mengikuti perkembangan drama itu di sana.

“Lebih menguatkan dakwaan rakan-rakan selepas saya melihat sendiri di laman Twitter dan ternyata ramai membenci Sofil,” katanya.

Pelakon dikenali melalui watak Abu dalam filem Ola Bola turut terkejut dengan sambutan penonton negara itu sejak drama adaptasi novel itu mula bersiaran di sana awal Januari lalu.

Katanya, setiap kali ia bersiaran, drama arahan Syamil Othman menggunakan tanda #GantungTheSeries dan #Gantung menjadi sohor kini di Twitter.

Disebabkan sambutan hebat daripada peminat di sana, Taufik dan barisan pelakon lain akan terbang ke negara itu bagi mengikuti jerayawara pada pertengahan tahun ini.

Drama bersiri 16 episod dibarisi Hafreez Adam, Ikmal Amry, Randy Pangalila dan Brandon Salim hanya boleh ditonton di aplikasi Tribe di Indonesia sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2018 @ 2:22 PM