WATAK Paddington terus menjadi kesukaan ramai.
WATAK Paddington terus menjadi kesukaan ramai.
Syafil Syazwan Jefri


Bagi penonton yang pernah menonton filem Paddington, tentunya akan kembali ke pawagam bagi menonton penerokaan baru beruang kecil itu dalam Paddington 2.

Bermula semalam, filem aksi yang digabungkan dengan teknik Imej Janaan Komputer (CGI) itu mula menemui penonton Malaysia.

Berbanding filem sebelumnya yang ditayangkan pada 2014, Paddington 2 lebih menampilkan banyak drama, aksi dan kali ini, sangat bermain dengan emosi.

Bermula dengan babak imbas kembali ke zaman kecilnya, Paddington meneruskan kehidupannya bersama keluarga Brown di London.

Menuju hari ulang tahun ke-100 kelahiran ibu angkatnya, Aunty Lucy, Paddington mula mencari hadiah yang mampu meninggalkan erti.

MENERUSKAN kehidupan bersama keluarga Brown.
MENERUSKAN kehidupan bersama keluarga Brown.

Dalam pada dia berusaha mencari hadiah, dia menuju ke kedai barangan antik dan terlihat satu ‘pop up book’ yang sangat unik dan bercerita mengenai 10 tempat menarik di London.

Memandangkan salah satu impian Aunty Lucy adalah untuk datang ke London belum berkemampuan, Paddington berasakan buku terangkat itu adalah hadiah yang paling terbaik.

Dalam dia berusaha mengumpul wang bagi membeli buku terbabit, dia berdepan beberapa masalah apabila ia dicuri pencuri misteri yang sebenarnya mencari pembayang harta karun yang tersembunyi dalam buku itu.

PADDINGTON bersama keluarga Brown di London.
PADDINGTON bersama keluarga Brown di London.

Kerana salah faham, Paddington dituduh pencuri dan dimasukkan ke penjara. Di sana, dia bertemu beberapa rakan baru, sekali gus membantunya dalam mencari buku berkenaan.

Sepanjang pencariannya, dia terpaksa melalui pelbagai cabaran antaranya terpaksa menyabung nyawa melawan penjahat itu.

Rata-rata pengkritik filem utama dunia antaranya Rotten Tomatoes turut memberikan lima bintang untuk filem ini.

Sejak mula ditayangkan di United Kingdom pada 10 November lalu, Paddington 2 yang diarahkan oleh pengarah, Paul King itu sudah menjadi filem pecah panggung dengan kutipan RM161.4 juta.

PADDINGTON menjadi tumpuan apabila dimasukkan ke penjara.
PADDINGTON menjadi tumpuan apabila dimasukkan ke penjara.

Bagi Paul, Paddington bukan saja filem, tapi menjadi ruang untuknya berkarya dan melampiaskan kreativiti.

“Paddington adalah gabungan beberapa elemen daripada kelucuan, drama hinggalah magis. Semuanya disatukan dan bagi saya, ia adalah ruang untuk saya menjadi kreatif,” katanya.

Dibintangi Ben Whishaw yang membawa suara Paddington, Hugh bonneville, Sally Hawkins, Brendan Gleeson, Julie Walters, Jim Broadbent, Peter Capaldi dan Hugh Grant, Paddington 2 tentunya akan membuatkan semua penonton tidak kering gusi.

ANTARA babak menarik dalam filem ini.
ANTARA babak menarik dalam filem ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2017 @ 4:33 AM