MAHADZIR stabil dan dipindahkan ke wad biasa. FOTO ihsan Danial Lokman
MAHADZIR stabil dan dipindahkan ke wad biasa. FOTO ihsan Danial Lokman
Mazizul Dani


PENGACARA terkenal Datuk Mahadzir Lokman, 60, sudah dipindahkan ke wad biasa selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Ahad.

Adiknya, Danial berkata, keadaan abangnya stabil dan akan menjalani rawatan seminggu lagi sebelum dia dibenarkan keluar.

“Dia cukup bersemangat sejak semalam dan boleh berbual dengan pelawat.

“Bagi pihak keluarga, saya ucapkan terima kasih kepada kakitangan ICU PPUM diketuai Perunding Kanan, Profesor Syahnaz Hasan,” katanya.

Mahadzir kritikal selepas ditemui tidak sedarkan diri oleh keluarga pada Ahad lalu.

Berita berkaitan:

Mahadzir tak perlu bantuan pernafasan

Mahadzir sudah sedar

Mahadzir mula beri reaksi

Henti sebar Mahadzir meninggal

Mahadzir Lokman kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2017 @ 5:05 PM