Wartawan NSTP


Jenazah personaliti televisyen dan bekas pengacara TV3, Datuk Mahadzir Lokman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, pada 10.10 pagi.

Mahadzir, 61, yang tiba di Kota Kinabalu pada 31 Julai lalu, ditemui meninggal dunia di bilik penginapannya di Hotel Shangri-La Tanjung Aru Resort, pada 9.30 pagi semalam.

Pada September tahun lalu, Allahyarham pernah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur kerana masalah buah pinggang dan paru-paru.

Berita berkaitan

[UPDATE] Bawa pulang jenazah malam ini, kebumi esok

'Abang Dale pemurah, penyayang - Ezzah Aziz'

'[UPDATE] 'Selamat pagi' terakhir dari Mahadzir'

'[UPDATE] 'Sedih sangat''

'Mahadzir Lokman sudah tiada'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Ogos 2018 @ 11:49 AM