Anas (kanan) dan Chiwan Chilok membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM 30,000. FOTO HM/NURUL SHAFINA JEMENON
Anas (kanan) dan Chiwan Chilok membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM 30,000. FOTO HM/NURUL SHAFINA JEMENON
Nor Akmar Samudin


KUMPULAN Cikanos yang dianggotai Anas Ridzuan dan Chiwan menjuarai program komedi radio dan digital, Hot FM Lawak Vaganza yang diumumkan hari ini di Sri Pentas, Bandar Utama.

Berikutan kemenangan itu, mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000.

Menurut Chiwan atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Sabri, berdasarkan sambutan pendengar Hot FM terhadap ‘sketch’ yang disampaikan setiap minggu, dia sudah menjangkakan Cikanos akan bergelar juara Lawak Vaganza musim kedua.

"Pada awalnya, Cikanos adalah kumpulan ‘underdog’ tetapi selepas itu kami mendapat sokongan daripada pendengar Hot FM", katanya.

Cikanos juga pernah menjadi juara mingguan dan menerima wang tunai RM5,000.

Tempat kedua dimenangi kumpulan Tauke dan Man Pos, tempat ketiga pula Joey Daud Chacha DaBoss manakala Ali dan Mamak Puteh berada di kedudukan keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 7:32 PM