Nurshafika Suhaimi

Kuala Lumpur: Bermula sebagai pengumpul minyak wangi sejak bangku sekolah, Nurul Nadia Hartini, 38, tidak menyangka hobinya kini bertukar kepada kerjaya sepenuh masa.

"Sejak dari sekolah lagi, saya seorang yang suka mengumpul minyak wangi dan setiap kali saya pakai pasti akan ada yang bertanya.

"Dari situ tercetuslah idea saya untuk mengeluarkan minyak wangi sendiri pada harga mampu milik untuk berkongsi dengan kawan-kawan dan keluarga," kata pemilik perniagaan minyak wangi, ALDARI kepada Harian Metro, baru-baru ini. 

Jenama yang bertapak di Subang Jaya sejak 2023 ini menawarkan produk minyak wangi berkualiti tinggi, aroma wangi tahan lama, mudah dibawa, mesra solat dan harga berpatutan. 

Nadia berkata, minyak wangi keluaran ALDARI direka khas untuk cuaca di Malaysia dan menggunakan minyak pati sehingga 70 peratus membuatkan aroma minyak wangi bertahan lama sehingga 12 jam. 

Walaupun baru setahun jagung dalam perniagaan, anak sulung daripada tiga beradik itu berjaya membuktikan jenama keluarannya setanding antarabangsa apabila sering menerima pujian ramai. 

"Paling terharu apabila dapat melihat senyuman, reaksi dan kata-kata semangat daripada pelanggan selepas mencuba minyak wangi kami. 

"Lebih mengujakan apabila Tengku Panglima Muda Pahang, Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah menyukai dan membeli perfume BRAZEN keluaran paling laris kami," katanya.

Selain minyak wangi, ALDARI turut memperkenalkan produk Penyembur dan Penyegar Fabrik untuk kegunaan rumah.Image

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan cabaran sepanjang perniagaan, Nadia berkata, rakyat Malaysia masih ada yang belum yakin dengan produk buatan Malaysia.

"Mereka lebih gemar membeli minyak wangi inspirasi kerana ada alternatif lebih murah kepada minyak wangi antarabangsa yang mereka gemar.

"Apabila kami hulurkan minyak wangi kami, ramai yang masih ragu-ragu dengan jenama kami. Namun apabila mereka sudah cuba, mereka akan beli berulang kali untuk diri sendiri, rakan-rakan dan keluarga," katanya.

Kejayaan Nadia membuktikan dari sekadar minat terhadap wangian akhirnya menjadi jalan untuk membuka perniagaan sendiri.

Katanya, bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil, mulakan dengan semangat dan aspirasi yang besar.

"Paling penting jangan berhenti belajar dan kenal pasti pasaran anda sebelum memulakan perniagaan.

"Teruskan berimpian dan berusaha ke arahnya serta yakin anda boleh melakukannya," katanya.

Ikuti akaun media sosial ALDARI di Facebook, TikTok dan Instagram.

Mahu memaparkan perniagaan anda di lebih 30 jenama? Media Prima memperkenalkan #MariLokal bagi membantu PKS meningkatkan perniagaan.

Layari laman web REV Media Group untuk mengetahui lebih lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 9:58 AM