Nurshafika Suhaimi

Siri Y vivo kini hadir dengan model baharu di pasaran Malaysia yang dikenali sebagai vivo Y78 dengan keupayaan 5G dan ciri inovatif yang memenuhi keperluan harian pengguna.

Menariknya, peranti ini adalah satu-satunya telefon pintar dalam industri yang menawarkan gabungan terbaik penstabilan OIS 64MP dan skrin melengkung dwi 3D 6.78 inci dengan Paparan AMOLED 120Hz berharga di bawah RM1,500.

Ini sekali gus memberikan pengalaman visual yang sangat lancar dan halus bagi memastikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pengguna. 

Walaupun dijual pada harga mampu milik, vivo Y78 5G mempunyai rekaan menakjubkan dengan penampilan Dreamy Gold diinspirasikan daripada Gold Coast Sepang tampak bergaya setanding telefon pintar premium yang lain.

Paling penting adalah ianya tahan lasak dan tidak mudah pecah  walaupun jatuh pada ketinggian yang tinggi. 

Rakam dalam cahaya rendah

vivo Y78 5G ini hadir dengan sistem tri-kamera 64MP OIS  yang menjamin kandungan sangat tajam dan bebas kabur, walaupun dalam keadaan tangan tidak stabil dan cahaya malap.

Dengan Perkakasan OIS (Penstabilan Imej Optik) yang mempunyai teknologi anti goncang ultra-stabil, pengguna boleh menangkap atau merakam adegan sukan tanpa rasa ketakutan terhadap gegaran tangan.

Bahkan, modul OIS standard perdana yang baru dinaik taraf ini dapat meningkatkan kualiti video dan imej yang diambil dalam cahaya malap, menjadikan butiran dalam bahagian gelap imej lebih jelas.

Menariknya, peranti ini merupakan model pertama siri Y yang memiliki skrin paparan melengkung 6.78-inci jenis AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan skrin FHD.

Ia sekali gus dapat mewujudkan suasana atmosfera yang menyerlah untuk potrait malam seterusnya memudahkan pengguna terutama generasi sekarang untuk membuat kandungan  tercantik yang boleh dimuat naik ke dalam media sosial seperti Instagram dan TikTok. 

Dari segi rekaan, vivo Y78 5G hadir dengan variasi Dreamy Gold yang diinspirasikan daripada Gold Coast Sepang yang pasti menambat hati sesiapa yang melihat. 

Platform 5G prestasi tinggi

vivo Y78 5G  dilengkapi dengan kapasiti bateri 5,000 mAh yang lebih besar dengan ciri pengecasan pantas 44 watt yang boleh dicas sehingga 27 peratus dalam masa 15 minit, dan 49 peratus hanya dalam masa 30 minit.

Ini sekali gus memberikan kelegaan kepada pengguna terutama kepada mereka yang kerap menggunakan telefon dalam tempoh yang lama. 

Selain itu, vivo Y78 5G turut menggunakan cip 5G kelas pertengahan iaitu Snapdragon 695 yang dibekalkan bersama storan 8+256GB serta 8GB Extended RAM yang boleh dikembangkan sehingga 16 GB.

Dengan penawaran RAM yang lebih tinggi, ia sekali gus memberikan pertukaran aplikasi yang lancar bagi membolehkan sehingga 25 ke atas untuk aplikasi latar belakang dibuka dengan serentak. 

Miliki siri vivo Y78 5G mulai 5 Ogos ini

Orang ramai boleh mendapatkan siri vivo Y78 5G bermula 5 Ogos ini yang didatangkan dalam pilihan warna Dreamy Gold dan Flare Black pada harga RM1,399.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membuat pembelian awal daripada 5 Ogos sehingga 4 September 2023 di kedai dalam talian di e-stor rasmi, Shopee , Lazada dan Tiktok vivo akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM599.

Ini termasuk Waranti 180 Hari+Waranti Perlindungan Skrin 180 Hari+Perlindungan Skrin (RM69)+Fon telinga bernilai (RM99) dan kod Premium VIU 3 bulan tambahan bernilai RM29.90. Kod akan dihantar bersama-sama dengan telefon.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook dan Web rasmi vivo Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2023 @ 4:54 PM