Biarkan imaginasi anak terus berkembang ketika mereka mencipta lukisan sendiri dengan menggunakan warna ceria dan terang daripada rangkaian pensel warna air Faber-Castell.

Dihasilkan daripada grafit yang dijamin selamat untuk kanak-kanak, rangkaian baru itu menampilkan pembungkusan Wonder Box iaitu bekas inovatif lut sinar dengan pemegang boleh diubah sebagai 'kaki' bagi memudahkan pensel warna dipilih dan mudah dibawa ke mana-mana.

Bekas yang boleh ditanggalkan itu juga membolehkan ia diletakkan dalam pelbagai cara yang paling selesa untuk memudahkan kanak-kanak memilih pensel warna ketika mewarna.

Rangkaian Pensel Warna Air Faber-Castell yang dijual pada harga bermula RM7.90 hingga RM59.90, hadir bersama berus cat dan pengasah.

Bagi pek pensel warna yang berisi 12 pensel panjang, 24 pensel, 36 pensel dan 48 pensel, ia juga menawarkan pensel grafit hitam Tri-Grip 2B yang ergonomik bagi memudahkan kanak-kanak untuk melukis dan menulis.

Menurut Pengarah Urusan Faber-Castell Asia Pasifik, Dr Toh Yan Peng, sebagai pengeluar pensel tertua yang wujud sejak lebih 250 tahun lalu, jenama itu sentiasa tampil dengan inovasi bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti tinggi dan dijamin selamat untuk kanak-kanak.

Katanya, usaha gigih pihaknya bagi mencapai kecemerlangan walaupun untuk sebatang pensel yang ringkas meletakkan jenama itu di hadapan pesaing dan mendapat kepercayaan ibu bapa selama beberapa generasi.

"Kanak-kanak kecil bebas meluahkan diri mereka dan membangunkan kreativiti melalui seni yang menjadi sebab mengapa ibu bapa menggalakkan anak meluangkan masa lapang dengan melukis dan mewarna," katanya.

Bermula 6 November hingga 31 Disember ini, Faber-Castell akan mengadakan pameran bergerak dan orang ramai diajak untuk bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti menarik yang sudah disusun.

Kanak-kanak pasti tidak sabar untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan antaranya mewarna menggunakan warna air. Faber-Castell juga akan mengedarkan set sampel warna air kepada pengunjung. Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi pameran bergerak itu, sila layari laman Facebook Faber-Castell Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:01 AM