Reuters

Tokyo: Lionel Messi (gambar) adalah karakter paling terkenal pada Piala Kelab Dunia yang turut disertai kelab pemain sambilan Auckland City, bekas jurulatih Brazil Luiz Felipe Scolari dan penjaga gol berwatak periang Congo Robert Kidiaba.

Barcelona dikemudi Messi muncul pilihan utama untuk memenangi kejohanan itu yang dianggap menjadi bukti membezakan bola sepak kelab di Eropah berbanding benua lain.

Kelab Catalunya itu mengetuai pasukan yang turut termasuk juara Amerika Selatan River Plate, juara CONCACAF America, juara Afrika TP Mazembe, juara Asia kendalian Scolari Guangzhou Evergrande dan juara Oceania Auckland City.

Sanfrecce Hiroshima, yang layak sebagai juara tuan rumah Jepun, melengkapkan senarai.

Kejohanan itu, yang menggantikan Piala Antara Benua, tidak begitu diendahkan di Eropah namun masih dianggap sebagai kemuncak bagi pasukan di benua lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 7:34 AM